Rotary Kuching reka perisai guna pencetak 3D

KUCHING: Terkesan dengan pengorbanan petugas perubatan di saat negara dilanda wabak Covid-19, enam sukarelawan tampil, secara sukarela menghasilkkan perisai muka untuk kegunaan barisan hadapan tetrutama doktor.

Setakat ini, 200 perisai muka telah dihasilkan dan akan diagihkan kepada hospital dan Poliklinik.

Sekumpulan sukarelawan dari Rotary Club Kuching membuat perisai muka tersebut. 

Jurucakap Rotary, Geoffrey Lee berkata, pihaknya terpanggil menawarkan kemahiran dimilikinya untuk menghasilkan perisai muka sebagai sebahagian peralatan alat pelindung diri (PPE) yang amat diperlukan ketika ini.

Menurutnya, enam sukaelawan yang terlibat  dapat menghasilkan 36 perisai muka sehari.
 
"Apabila MCO bermula, setiap orang memikirkan tentang Covid-19. Rakan yang bekerja di barsian hadapan terutama doktor mengalami kekuarngan PPE dan di sini idea menghasilkan perisai untuk pasukan perubatan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerja menghasilkan perisai muka dengan seberapa banyak yang mungkin.
LihatTutupKomentar
Cancel