Rugi RM355,000 mangsa sindiket jual topeng muka
KUCHING: Awas kes pembelian topeng muka melalui media sosial yang mengambil kesempatan penularan wabak Covid-19.
Sebanyak 16 kes tipu pemeblian topeng dengan kerugian RM355,000 sejak 26 Mac lalu.
Kes dilaporkan di seluruh Sarawak melibatkan nam kes di Miri, empat di Sibu, Padawan (3), Kuching (2) dan Bintulu (1).
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, modus operandi ialah kebanyakan mereka tidak menerima barang yang ditempah melalui media sosial selepas pembayaran dibuat.
Katanya, mangsa daripada sindiket penipuan berusia 19 hingga 54 tahun.
"Suspek dikatakan kononnya pembekal terus gagal dihubungi setelah mendapat pengesahan pembayaran daripada mangsa.
"Kerugian terbanyak dilaporkan di Sibu membabitkan seorang mangsa iaitu peniaga berusia 36 tahun yang mana telah mengalami kerugian sebanyak RM266,153," katanya dalam kenyataan.
Dev berkata, orang ramai diminta berhati-hati serta tidak membuat sebarang pembelian pada mana-mana sumber yang tidak sahih.