Penderma darah diperlukan tempoh PKP
MIRI: Hospital Miri memerlukan penderma darah yang masih tidak mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, hanya purata lapan penderma darah di Pusat Derma Darah dalam masa sehari seperti yang direkodkan.
“Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah hanya perlu mengemukakan Kad Derma Darah kepada anggota keselamatan yang dipertanggungjawabkan melakukan sekatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri semalam.
Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin juga menjelaskan mereka yang pertama kali menderma darah, diminta untuk menghubungi MRC Blood Donation di talian 0168674138 atau Karambir Singh 0168785500 dengan menyatakan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
“Pihak MRC Blood Donation akan menghantar satu surat melalui pesanan Whatsapp kepada penderma baru untuk dikemukakan kepada anggota keselamatan yang dipertanggungjawabkan melakukan sekatan jalan raya,” ujarnya