Rumah tinggal rangka angkara lupa tutup air dimasak


BAU: Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah didiami hangsdalam kejadian kebakaran  di Kampung Pengkalan Tebang Tringgus, sekitar jam 10 pagi.

Rumah didiami bapa tunggal bersama dua anaknya hangus 100 peratus  selepas disedari penduduk.

Ketika kejadian mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja.
 
Difahamkan punca kebakaran mangsa terlupa menutup aair yang dimasak. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima laporan sekitar jam 10.05 pagi dan segera mengerahkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil maklumat awal diperoleh mendapati kebakaran berpunca lupa menutup air yang dimasak. 

Menurutnya, rumah tersebut didiami seorang lelaki bersama dua orang anaknya berusia 7 dan 10 tahun.

"Bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.54 pagi," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel