Sesat 5km, tiga pemburu lokan ditemui selamat

LUNDU: Dua wanita dan seorang lelaki yang dipercayai hilang mencari lokan di kawasan sungai Kampung Perigi ditemui selamat, malam semalam. 
Terdahulu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas keluar mengambil lokan pada petang Isnin.

Polis bersama pasukan Bomba dan Penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat menjejakimangsa.

Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada jarak kawasan 5 Kilometer dari arah hilir sungai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7.50 petang sebelum mengerahkan sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke kawasan terbabit.

"Pasukan bomba memulakan pencarian mangsa dengan bantuan orang kampung di sekitar kawasan.

"Hasil maklumat diterima daripada mangsa mengatakan mereka telah tersesat dan gagal menemui jalan pulang," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa seterusnya dibawa pulang dengan menaiki bot penduduk kampung.

Katanya, operasi menyelamat ditamatkan sekitar jam 12.30 pagi.
LihatTutupKomentar
Cancel