Sarawak agihkan 2 juta topeng percuma

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan dua juta topeng percuma akan diagihkan kepada rakyat Sarawak. 

Topeng topeng itu akan diedarkan melalui pejabat residen dan pejabat daerah. 

Topeng yang dijangka tiba minggu hadapan itu antara pakej bantuan khas Sarawakku Sayang yang diumumkan Abang Jo hari ini.

Menurutnya, pakej memberi tumpuan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dan melindungi kesejahteraan rakyat Sarawak melalui 16 langkah proaktif.

Katanya, langkah-langkah ini disasarkan kepada kakitangan barisan hadapan, isi rumah dan komuniti perniagaan yang pada masa ini memerlukan sokongan paling banyak.

Antara pakej ialah diskaun bantuan elektrik, diskaun bayaran air, bantuan khas Sarawakku Sayang, insentif bukanan khas bagi pelanggan perniagaan dan insentif khas bagi tanaman.

Pakej lain termasuk sewa gerai, bayaran permit dan yuran lesen,  diskaun taksiran tahunan, pemulihan pinjaman industri kecil dan sederhana, tambahan RM20 juta skim kredit mikro untuk semua PKS, diskaun sewa tanah, pengecualian premium tanah, pengecualian yuran pelesenan hotel, kelebihan hospital dan perlindungan peribadi, bekalan makanan lepada doktor dan barisan hadapan, diskaun 50 peratus penyewa HDC.



LihatTutupKomentar
Cancel