Akaun Khas Sumbangan COVID-19


KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas COVID-19 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada kementerian berkenaan.

Menerusi posting di laman Facebook kementerian itu hari ini, KKM berkata sumbangan akan digunakan bagi tujuan membeli alat kelengkapan perubatan, ubat-ubatan, reagen (pereaksi kimia), bahan pakai buang, serta keperluan perubatan lain di fasiliti KKM.

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun perubatan KKM bernombor 2-66016-0002347-5 (RHB Bank). Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833111 atau dengan menghantar e-mel ke alamat sumbangancovid19@moh.gov.my," menurut catatan itu. 

KKM mengakhiri posting itu dengan: “Terima kasih daripada kami kepada anda yang memberi sumbangan”. 
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel