Sarawak sediakan makanan bermasak, kaunseling
KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan makanan bermasak kepada semua petugas barisan hadapan dan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga pesakit Covid-19.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), beberapa agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan tugas-tugas melangkaui masa kebiasaan, demi membanteras gejala Covid-19 di Sarawak.
Menurutnya, kementerian meluluskan peruntukan sebanyak RM944,360, bagi
menyediakan bantuan sepanjang tempoh MCO.
Katanya, makanan bermasak kepada semua petugas barisan hadapan dan bantuan sokongan psikologi dan kaunseling kepada golongan masyarakat diagihkan kepada golongan yang
memerlukan seperti ahli keluarga mangsa.
"Selain itu, satu tempat rehat iaitu Riverside Majestic Astana Wing Kuching, bagi menempatkan petugas-petugas Jabatan Kesihatan Negeri yang tidak dapat balik ke rumah disebabkan tuntutan kerja dan atas faktor keselamatan.
"Makanan bermasak kepada 75 orang pelajar Kolej Matrikulasi Sarawak yang tidak dapat balik, sebagai tambahan kepada kemudahan yang sedia ada," katanya,.
Beliau berkata, Kit Kesihatan kepada pelajar UNIMAS dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut diagihkan.