Usaha cari Patrick masih buntu


SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat(SAR) kanak-kanak hilang di kebun sawit Rapak Baru, Pantu, di sini, yang memasuki hari kedua masih gagal menjumpai kanak-kanak malang itu.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, operasi pencarian dimulakan jam 9 pagi ini bersama unit K9 Dan pasukan SAR dalam kawasan ladang sawit, sungai dan di cerun  bukit dan dipecahkan lima pasukan pada radius lebih kurang 6 kilometer.

"Sepanjang pencarian belum ada tanda-tanda budak yang hilang ini dikesan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,operasi SAR ditangguhkan jam 6 petang ini dan akan disambung pada esok hari.

Dalam kejadian itu pagi semalam, mangsa, Patrcik Igih Anak Mohd. Taufik (video) 
berusia 3 tahun 11 bulan, hilang ketika bersama bapa dan datuknya masuk ke dalam kawasan ladang sawit berkenaan kerana bapa dan datuknya sedang menjalankan kerja sebagai pemandu arah kepada staff Sarawak Forestry Corporation (SFC) menuju ke sebatang pokok untuk dibuat penandaan.
LihatTutupKomentar
Cancel