31 dipenjara di Sibu
KUCHING: Bahagian Sibu merekodkan jumlah tertinggi individu ingkar yang dijatuhkan hukuman penjara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, sebanyak 31individu dipenjara dua minggu ke tiga bulan.
Menurutnya, sebanyak 312 ditangkap sepanjang operasi PKP dan 150 telah didakwa di mahkamah.
"Sebanyak 125 orang daripada 150 mengaku bersalah semasa dibicarakan, 69 orang dijatuhkan hukuman penjara, 29 dipenjara serta denda dan 14 lagi didenda.
“Tujuh lagi suspek gagal hadir di mahkamah dan waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, untuk tempoh 24 jam iaitu 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini, seramai 36 orang ditangkap ingkar PKP di seluruh negeri.