Dron polis Sarawak terbang malam
KUCHING:Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM PKLN Sarawak(PGU Sarawak) dan Unit Risik PGU Swak menjalankan pemantauan dan penggambaran udara di kawasan-kawasan 'hot spot' seluruh negeri Sarawak dalam OP COVID-19.
Jenis Dron yang digunakan ialah DJI Mavic II Pro (Zoom Version) dan DJI Phantom Pro III.
Pegawai Risik/Operasi,Superintendan Kamis Sulong berkata,memandangkan kekangan aset dron dan kekangan kekuatan keanggotaan Unit Dron PGU Swak, peringkat pertama pemantauan dan penggambaran udara menggunakan dron difokuskan dengan memberikan bantuan kepada IPD Kuching dan IPD Padawan terlebih dahulu.
"Setiap laporan pemantauan dan penggambaran udara akan disalurkan kepada Ibu Pejabat PGU Bukit Aman seterusnya dipanjangkan ke perhatian YDH Pengarah KDNKA serta Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak.
"Bagi kes-kes pemantauan yang menarik perhatian melibatkan penglihatan penduduk setempat yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di Kuching, maklumat akan disalurkan terus kepada pihak IPD Kch (District Control Centre) untuk bantuan pihak MPV balai-balai terdekat dalam mengambil tindakan yang sewajarnya,"katanya di sini hari ini.
Katanya,sepanjang tempoh PKP ini, Unit Dron PGU Swak telah membuat berberapa pemantauan di sekitar Petra Jaya, seperti Kampung Gersik, Kampung Boyan, Kompleks DUN, Kompleks MASJA selain pemantauan di kawasan-kawasan “hot spot” bandaraya Kuching seperti ICOM Square dan Waterfront Kuching.
"Bagi pemantauan pada malam tadi, Unit Dron PGU PDRM Pkln Swak membuat pemantauan dan penggambaran di sekitar kawasan Satok, IPK Swak, Hospital Umum Swak, Emart, Metrocity, Tmn. Matang Avenue, Tmn. Matang Jaya, Taman Yen-Yen serta Taman Syn-Syn.
"Pemantauan juga dijalankan di sepanjang Jalan Song, Taman Sahabat, Batu Tiga, Taman BDC serta MJC Kuching,"ujarnya.
Beliau berkata,dengan penggunaan dron oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Pkln Sarawak pemantauan yang dijalankan lebih efisyen dan berkesan.
"Di dapati keadaan di sekitar daerah Kuching menunjukkan tanda positif di mana rata-rata masyarakat memberikan kerjasama dan akur pada PKP yang telah dilaksanakan,"jelasnya.