4 kes positif, 459 keseluruhan
KUCHING: Sarawak merekodkan empat kes positif COVID-19 baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 459 kes.
Ahli Jawatankuasa Operasi Covid-19 Negeri Datuk Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 27
kes telah sembuh dan telah discaj dari hospital dimana 21 kes dari Hospital Umum Sarawak.
"Dua kes sembuh lain di Hospital Sibu dan 1 kes di Hospital Bintulu dan 3 kes di Hospital Miri," katanya pada sidang media harian pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini semalam.
Beliau berkata, bilangan PUI hari ini meningkat sebanyak 257 kes berbanding 155 kes semalam adalah disebabkan oleh Pasukan Bertindak telah
mempertingkatkan Contact Tracing di Bahagian Kuching.
"Pada hari ini, terdapat pertambahan 2 Daerah baharu yang sebelum ini
dikategorikan sebagai kuning dan menjadi hijau iaitu Sibu dan Sarikei," katanya.