Amerika Syarikat rekod 32,000 kes baharu, 3,857 kematian
WASHINGTON, 18 April (Bernama) -- Dalam tempoh 24 jam lalu, Amerika Syarikat (AS) merekodkan 31,905 kes baharu COVID-19 dengan 3,857 kematian, menurut Johns Hopkins University.
Angka korban keseluruhan berjumlah 36,997 orang, sementara jumlah kes jangkitan mencecah 701,475, lapor agensi berita Sputnik.
Pada 11 Mac Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.
Sehingga kini di seluruh dunia, lebih 2.2 juta orang dijangkiti, kematian melebihi 154,000 dan AS menjadi negara paling teruk dilanda wabak maut itu.
-- Bernama