Pelajar terima bantuan makanan dan elaun April RM400 seorang


KUCHING: Pelajar Kolej Master Weld Academy dari Sarawak diberikan sumbangan bantuan untuk menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap Sarawak Volunteers berkata, bantuan kewangan sudah diberi untuk pembelian barangan bagi tempoh PKP untuk tempoh dua minggu.

"Pihak pengurusan sentiasa berhubung dengan kami. Kami sudah memberi bantuan untuk membeli barangan mentah untuk dimasak minggu lalu kepada pihak Master Weld Academy untuk disalurkan kepada semua pelajar terlibat," katanya.

Beliau berkata, lebih daripada separuh pelajar Sarawak juga telah menerima elaun Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk bulan April berjumlah RM400 setiap orang.

Menurutnya, pihaknya sentiasa berhubung dengan pengurusan Kolej Master Weld Academy di Puchong Mohd Lokman Hamzah.

Sekiranya ada apa pertanyaan boleh berhubung talian Hotlone Rumah Sarawak di talian seperti berikut Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur: 019-3882984 (Dayang)
Sarawak Volunteers: 013 895 0345 (Khairul), 012 462 9293 (Sakinah), 011-3193 2341 (Apis)
dan 014-878 7950 (Hadayat)
LihatTutupKomentar
Cancel