Batu terkena mata, lelaki masuk ICU


SIBU: Seorang lelaki menunggang motosikal membawa diri seorang diri petang tadi ke hospital apabila matanya luka terkena percikan batu.

Difahamkan lelaki yang dikenali dengan nama Iz sedang berhenti di tepi jalan di kawasan Sungai Merah, Sibu.

Ketika sedang berhenti, tiba-tiba sebuah lori lalu dan tanpa diduga seketul batu batu terbang mengenai matanya terpecik dari tayar lori tersebut. 

Setelah diperiksa, didapati mata beliau mengalami luka yang agak serius dan darah mengalir keluar dari dalam matanya.

Akibat tidak dapat menahan sakit, lelaki tersebut terus memecut ke hospital Sibu membawa diri dalam keadaan kesakitan.

Setibanya di hospital, beliau terus meletakkan motosikal berhampiran pondok polis dan bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Setelah menerima rawatan, difahamkan bahagian Konjuntiva (mata putih) ada terluka manakala bahagian Kornea matanya turut terluka dan mengeluarkan darah.

Ketika ini, beliau masih berada di Unit Kawalan Rapi Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel