Hanya seorang dibenarkan, Dev Kumar


KUCHING : Polis kini menumpukan perhatian kepada pasar basah bagi mempastikan hanya seorang wakil daripada keluarga membeli barang keperluan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata orang ramai masih boleh ke pasar untuk membeli barang namun mesti seorang dalam kereta atau seorang atas motosikal.

“Jika lebih dari seorang tanpa alasan yg munasabah, kita akan keluarkan notis kompaun RM1,000.”

“Modus operandi ini selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa ketiga, esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, walaupun tahap pematuhan PKP di negeri ini masih tinggi iaitu sekitar 97 peratus, namun ada segelintir yang masih degil.

Beliau berharap masyarakat akan bekerjasama dalam tempoh PKP sehingga 28 April ini.

Sementara itu seramai 137 orang ingkar PKP dikompaun RM1,000 selepas ditahan keluar tanpa alasan munasabah.

Beliau berkata, semua mereka ditahan antara jam 8 pagi semalam (13 April) hingga 8 pagi hari ini, dalam operasi yang diadakan di 19 daerah.

Katanya, Kuching mencatat 33 orang, SIbu (29), Sarikei (13), Padawan (11), Lawas (7), Meradong (6), Limbang danJulau masing-masing (5), Kota Samarahan, Bintulu, Betong dan Simunjan masing-masing (4), Miri dan Song masing-masing (3), Serian, Mukah, Tatau dan Lubok ANtu masing-masing (2) dan Saratok (1).

Selain itu seramai 21 orang ditangkap, iaitu masing-masing enam orang di Kuching dan Sibu, Miri dan Padawan masing-masing (3) manakala Kota Samarahan, Simunjan dan Matu Daro masing-masing (1).

Jumlah tangkapan keseluruhan sejak 18 Mac ialah 607 manakala kompaun 511.
LihatTutupKomentar
Cancel