MAS terbang sekali seminggu

KUCHING: Operasi penerbangan terhad ke Sabah dan Sarawak kembali diteruskan menggunakan MAS, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong berkata, hasil perbincangan dengan pengurus kanan Malaysa Airliness (MAB), syarikat itu bersetuju untuk meneruskan penerbangan sekali seminggu.

Beliau menambah, penerbangan ulang alik itu dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

Penerbangan ini akan diteruskan ke Bintulu dan Sibu menggunakan perkhidmatan MASwings.

“Sekiranya permintaan meningkat, jumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri atau Kota Kinabalu ini akan ditambah mulai minggu hadapan.”

“Kementerian memberi jaminan bahawa penduduk di Sarawak dapat pergi ke Semenanjung Malaysia,” kata Wee.

Beliau menambah, kementerian turut meminta MAB dan Airasia mempertimbang keputusan sebelum ini yang membatalkan penerbangan untuk membuka semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

“Kementerian tidak mengeluarkan arahan kepada syarikat penerbangan seperti MAB, AirAsia atau Malindo untuk mengantung penerbangan ke Sarawak dan Sabah.”

MAB turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kargo yang membawa keperluan asas termasuk makanan dan bekalan ubat ke Sarawak tidak digantung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerbangan kargo ke Sarawak iaitu Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur diteruskan dengan kekerapan tiga kali seminggu.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak tidak bersetuju pembatalan penerbangan ke Sarawak bermula dari 15 hingga 30 April 20 ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak bersetuju keputusan Syarikat penerbangan MAS, Air Asia & MALINDO yang membatalkan penerbangan ke Sarawak 

Beliau berkata, jawatankuasa merasakan bahawa penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya adalah perlu untuk memenuhi keperluan perjalanan yang penting.

"Oleh yang demikian JPBN Sarawak telah mengarahkan Kementerian 
Pengangkutan Sarawak untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai isu tersebut," katanya.

Kenyataan penuh Wee di Facebook 


LihatTutupKomentar
Cancel