Kemalangan menurun, empat kematian



KUCHING: Sebanyak empat kes kematian daripada 191 kemalangan direkodkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Statistik jumlah keseluruhan kemalangan pada tempoh 18 hingga 29 Mac berbanding tahun lalu merekodkan penurunan sebanyak 71 peratus.

Untuk rekod kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 659 kes.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritenden Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, kemalangan kenderaan rosak merupakan kategori tertinggi dengan jumlah 179 kes, diikuti kemalangan ringan (lima), maut (empat) dan parah sebanyak tiga kes.

Beliau menggesa orang awam mematuhi arahan kerajaan terhadap PKP bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular.
LihatTutupKomentar
Cancel