Makanan selamat sampai Mulu
Penerbangan menggunakan pesawat AW189 (9M-BOF) dari Marudi ke Mulu iaitu masing-masing membawa 30 pek bersamaan 450kg bekalan makanan dan 35 pek seberat 525kg.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Marudi PPgB Maureen Sim Ah Lian berkata, penghantaran bekalan makanan kepada penduduk di Mulu yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Kecil Mulu.
"Kandungan satu pek makanan seperti berikut Beras 10 kg, gula 2 kg, Minyak masak 2 kg dan Mee Segera 10 bungkus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kawasan Mulu hanya dapat dihubungi melalui jalan air dan udara sahaja.
"Tiada penerbangan ATR ke Mulu semasa PKP di jalankan. Hanya penerbangan twin otter yg beroperasi 3 kali seminggu dan Jumlah berat yang boleh di bawa adalah sangat terhad," ujarnya,