Enam kes baru Covid-19
KUCHING - Sarawak hari ini merekodkan enam (6) lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 414 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.
Daripada 6 kes tersebut, 4 kes
dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 2 kes dirawat di Hospital Bintulu.
Manakala, sebanyak 105 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan dan 126 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.
Pada hari ini terdapat empat (4) lagi kes positif telah sembuh dan telah discaj dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 68.
Kesemua 4 kes positif telah sembuh tersebut adalah dari Hospital Umum
Sarawak.