Sarawak kuatkuasakan isi borang kesihatan untuk perjalanan domestik.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengesahkan terdapat kes positif di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA.

Selain itu, terdapat kes positif dari Kuching dan Miri yang baru balik dari luar negara dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Ugah berkata, sehubungan itu, pihaknya telah menambahbaik SOP yang sedia ada.

Menurutnya, semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung / Sabah / Labuan yang akan di Kuarantin selama 14 hari dimana mereka tiba(destinasi terakhir) iaitu (Kuching / Sibu / Bintulu / Miri).

"Mereka akan diambil sampel (PCR Swab) pada hari ke tujuh, dan sekiranya keputusan adalah Negatif, mereka akan dibenarkan pulang dan menyambung semula Kuarantin di rumah sampai habis 14 hari," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan, berkuatkuasa serta merta, semua penumpang domestik (dalam Sarawak) dikehendaki untuk mengisi borang e-Health Declaration yang disediakan dalam laman web http://sdmc.sarawak.gov.my.

"Dari masa ke semasa, JPBN akan menambahbaik SOP ini berdasarkan situasi terkini dan kes-kes yang telah dilaporkan," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel