Monyet ditinggalkan beragan


KUCHING:Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyelamatkan seekor monyet spesis 'Macaca Fascicularisis' ditinggalkan kebuluran di Sibu semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai yang  memberitahu ada seekor monyet yang ditinggalkan oleh pemilik yang kembali ke kampung kerana wabak COVID-19.

"Monyet ditinggalkan tanpa pengawasan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada masa ini.

"Monyet yang diselamatkan diletakkan di tempat yang selamat,monyet adalah spesies yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Kehidupan Liar 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan peraturan tersebut, mana-mana orang yang memburu, membunuh, menangkap, menjual atau memiliki sebarang binatang terlindung adalah melakukan suatu kesalahan dan akan dihadapkan ke penjara satu tahun  dan denda RM10,000.

"Orang ramai boleh membuat laporan kepada SFC jika mereka mendapati sesiapa yang menjaga haiwan yang dilindungi,"tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel