Pelajar Unimas mangsa ke 13 maut Covid-19 di Sarawak
Mangsa kematian ketiga belas merupakan seorang perempuan berumur
23 tahun adalah seorang pelajar di Universiti Malaysia Sarawak yang tinggal di Kota Samarahan.
Kedua ibu bapanya juga telah disahkan positif COVID-
19.
Kes telah menghadapi kesukaran untuk bernafas pada 30 Mac yang lalu
dan telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Umum Sarawak pada hari yang
sama dan meninggal pada 09 April jam 9.42 pagi.
Manakala enam (6) lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah
bilangan kes di Sarawak sebanyak 312 kes sejak kes positif pertama
dilaporkan pada 13 Mac 2020. Daripada 6 kes tersebut, 5 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes di Hospital Bintulu.
Pada hari ini, sebanyak 141 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,005 kes.
Daripada
jumlah itu, 1,548 kes adalah negatif dan 145 kes PUI masih menunggu
keputusan makmal.
