Pembantu perubatan ditahan cuba keluar daerah bersama lelaki warga asing

KANOWIT:Cubaan pembantu perubatan 
menunjukkan surat pengesahan pergerakan kakitangan klinik pergigian di bandar Sibu untuk ke Kanowit gagal apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kanowit-Durin kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), semalam.

Penguatkuasa PKP menahan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu oleh pembantu perubatan wanita berumur 36 tahun bersama seorang pekerja rakyat negara Indonesia berumur 25 tahun jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi suoerintendan Tega Bilong berkata, ketika ditahan pembantu perubatan berkenaan telah menunjukkan surat pengesahan pergerakan kakitangan klinik pergigian di bandar Sibu.

"Surat pengesahan pergerakan itu adalah surat kebenaran untuk suspek pergi ke tempat kerja dari rumahnya di Sungai Merah, Sibu  dan bukan untuk ke Kanowit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek gagal memberikan alasan yang munasabah kerana berada di luar daerah dan tidak bekerja semasa ditahan.

Kedua-dua suspek ditahan di bawah Perkara 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Lelaki rakyat negara Indonesia terbabit turut ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
LihatTutupKomentar
Cancel