Petronas sumbang peralatan pam dan cecair nyah cemar
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima sumbangan peralatan pam dan cecair nyah cemar daripada pihak Petronas bagi tujuan sanitasi awam.
Sumbangan itu diserahkan Pengurus Besar
Petronas Sarawak Zulaihi Mohd Mantali kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohd Shahabudin Omar.
Mohd Shahabudin kemudiannya menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman.
Sumbangan melalui anak-anak syarikat Petronas terdiri daripada Malaysia LNG Sdn Bhd,
Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Oil, Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Gas, ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd.
Peralatan ini akan diserahkan kepada Pejabat Zon dan Balai
yang meliputi
Zon Kuching, Zon Samarahan
dan Zon Sri Aman.
Jenis peralatan dan cecair yang disumbangkan ialah
battery power sprayer,
manual hand spray, rubber glove,
disposable
clinical hand, clorox bleach, face mask dan ply surgical.