Pondan mabuk ditangkap pecahkan cermin ambulans
KUCHING: Seorang pondan yang dalam keadaan mabuk menghalang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), mencederakan seorang kakitangan dan memecahkan cermin ambulans.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata, pada jam 6.20 petang semalam,
Penolong Pegawai Perubatan berusia 33 tahun bersama pemandu dan jururawat bertempat Jalan Kulas, Berhadapan CIMB Bank Satok, di sini, dengan menaiki kenderaan Toyota Hiace, berwarna putih, berlogo ambulans dalam perjalanan menghala ke Kampung Lintang untuk menangani satu kes kecemasan.
"Sesampai di tempat kejadian telah ditahan suspek tidak dikenali dengan mendepakan tangan di tengah jalan menghalang pergerakan kenderaan ambulans .
"Pemandu Ambulans terpaksa memperlahan kenderaan dan tiba-tiba terdengar bunyi cermin bahagian penumpang di belakang pecah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,kenderaan ambulans telah diberhentikan dan mendapati lelaki tersebut menjerit-menjerit sendirian tanpa diketahui sebabnya.
"Apabila pengadu cuba membawa lelaki tersebut ke tepi jalan, lelaki tersebut telah bertindak agresif dan terus menyerang pengadu dengan menarik baju Personal Protection Equiment (PPE) hingga terkoyak.
"Telah berlaku pergelutan dengan suspek dimana pengadu telah mendapat cedera sebelum suspek melarikan diri,"ujarnya.
Katanya, pada jam 10.30 malam hari yang sama bertempat dikawasan Lorong Satok Kuching, suspek telah berjaya ditangkap.
"Saspek berumur 19 tahun dan bekerja sebagai Pekerja Am di sebuah Supermarket, suspek telah direman dan kes masih dalam siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427/186 Kanun Keseksaan .