Tidak dibenarkan berjual makanan depan rumah
KUCHING: Orang ramai tidak dibenarkan menjual makanan dibawa pulang di depan kediaman mereka sepanjang bukan Ramadan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, sehubungan itu polis akan menasihati, kerana ada diantara mereka tidak mengetahui peraturan baharu tersebut.
Menurutnya, orang ramai hanya boleh menjual makanan atau minuman melalui dalam talian atau penghantaran antara pukul 7 pagi hingga 7 malam.
"Kami akan cuba menasihati mereka untuk berhenti menjual kerana ada antara mereka tidak tahu keputusan baharu Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBN)," katanya.
Sebelum ini, JBPN mengeluarjan arahan orangramai dibenarkanberniaga dalam talian menggunakan aplikasi dalam talian seperti Helpy Services, Grab Food atau Food Panda untuk menghantar atau memesan makanan mereka.
Sementara itu, polis Sarawak menahan 1,611 individu yang melanggar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) setakat ini.
Seramai 45 individu ditangkap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) antara pukul 8 pagi semalam hingga 8 pagi hari ini.
Penangkapan tertinggi dilakukan di Miri dengan 15 diikuti oleh Padawan (9), Betong (5), Kuching (3), Serian (3), Sibu (2), Sarikei (2), Lawas (2), Bintulu (1) , Kota Samarahan (1), Kapit (1) dan Dalat (1).
Sebanyak 57 individu juga didakwa di mahkamah semalam, menjadikan jumlahnya 1,059 sejak permulaan MCO.
time available..is'it??true??