SOP ketat, gelang digitalZon Merah/Kuning



KUCHING: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat, bermula esok.

Pergerakan pulang itu perlu dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk saringan kesihatan.

Beberapa pusat kuarantin disediakan iaitu Pusat Kurantin Kuching bagi pelajar dari Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong diikuti Sibu (Sarikei dan Kapit), Bintulu (Mukah, Sungai Asap dan Belaga) dan Miri (Limbang).

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelajar Sarawak dari Zon Hijau yang datang dari Semenanjung mereka perlu mengisi borang e-Health Declartion.

Kemudian mereka perlu mendaftar untuk menjalani Kurantin di Pusat Kuarantin.

Mereka akan menjalani ujian saringan COVID-19 pada hari ke-10. Pelajar akan dibenarkan pulang ke rumah selepas 14 hari kuarantin jika keputusan adalah negatif.

Manakala pelajar dari Zon Merah dan Kuning, pelajar yang tiba dari Semenanjung juga akan mengisi borang e-Health Declaration dari (e-HDF).

Sebaik tiba di lapangan terbang mereka akan membuat pemeriksaan dan sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin.

Pelajar juga turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusan diketahui dalam tempoh 2 hingga 3 hari.

Sebelum pulang ke rumah gelang digital akan diberikan selepas kuarantin selama 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, buat masa ini seramai 53,000 atau kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan penuntut akan dibenarkan pulang.

Beliau berkata penghantaran pulang penuntut terbabit hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar di waktu siang

Katanya, penuntut terbabit perlu menjalani saringan gejala COVID-19, selain dibekalkan makanan dan topeng muka sebelum menaiki bas.

“Mereka yang gunakan bas akan dihadkan dan dipastikan mematuhi penjarakan sosial. Jika tempat duduk untuk dua orang, hanya seorang boleh duduk, bermakna kalau bas itu untuk 40 penumpang, hanya 20 penumpang dibenarkan naik.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata penuntut akan diambil terus dari kampus menggunakan bas dan dibawa ke daerah masing-masing.

Katanya, mereka akan turut dihantar ke balai polis yang terdekat dengan rumah sebelum dihantar pulang oleh anggota agensi kerajaan yang ditugaskan.

"Bagi pelajar yang memiliki kenderaan sendiri, mereka dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan.

“Sebelum membuat perjalanan, mereka perlu mendapat surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT dan balai polis yang berhampiran.

"Bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah atau Sarawak, penerbangan pulang ke negeri masing-masing akan disediakan oleh kerajaan.

"Bagaimanapun,pelajar yang akan pulang ke zon hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka dan mereka mesti menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel