Pelajar IPT tidak dibenarkan pulang ke zon merah

PELAJAR, KUCHING DILEMA

KUCHING: Hasrat pelajar dari Semenanjung yang berasal dari Kuching dan Samarahan untuk pulang tertangguh seketika.

Jika peraturan penuntut IPT yang rumah mereka berada di kawasan zon merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dilarang untuk pulang.

Daerah Kuching dan Samarahan berada dalam Zon Merah selepas mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 40.

Semalam Daerah Kuching mencatatkan tujuh kes positif COVID-19 dan Samarahan satu kes.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penuntut institut pengajian tinggi (IPT) tetap dilarang pulang ke rumah masing-masing sekiranya berada di zon merah dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, penuntut yang berada di zon merah ketika kuarantin di kampus juga tidak dibenarkan pulang ke rumah walaupun berada dalam zon hijau.

Bagaimanapun, katanya, mereka dibenarkan pulang ke rumah ahli keluarga terdekat seperti abang atau kakak yang berada dalam zon hijau.

"Jika pelajar terbabit berada di universiti atau menyewa rumah dalam zon merah dan ingin pulang ke zon hijau, itu tidak dibenarkan.

"Sama juga jika hendak balik ke kediaman dalam kawasan PKPD, juga tidak dibenarkan.

"Bagaimanapun, kita sudah bincangkan dan mereka boleh balik ke rumah ahli keluarga terdekat seperti abang atau kakak di zon hijau," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel