Wang peniaga dikembalikan



KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad berkata, sehubungan itu, pembayaran balik bagi pembelian tapak Bazar Ramadan akan dibuat melalui online transfer yang melibatkan seramai 144 peniaga.

Menurutnya, peniaga dikehendaki mengemukakan dokumen kepada pegawai Bahagian Pelesenan iaitu Encik Razman Salleh di talian 013-5656844 (Tapak Satok) dan Cik Flora di talian 014-8935046 (Tapak Semarak) selewat-lewatnya sebelum/pada 17 April 2020. 

"Antara dokumen yang diperlukan adalah a) Resit Pembayaran Tapak Bazar Ramadan, dan b) Muka Depan Buku Bank atau Muka Surat Pertama Penyata Akaun Bank atas Penama Resit Pembayaran.

"DBKU menyeru peniaga Bazar Ramadan pada tahun ini dapat meneruskan perniagaan mereka secara atas talian dengan menggunakan platform yang sedia ada seperti self-collect, khidmat penghantaran melalui runner ataupun aplikasi penghantaran seperti Grab Food, Food Panda, Helpy Service dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, DBKU juga berharap peniaga makanan sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan pengendalian makanan yang baik agar makanan yang dijual adalah selamat dan bersih serta bebas dari segala kemungkinan yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan minuman seperti keracunan makanan. 

"Selain itu sebarang penggunaan bekas styrofoam/polystyrene tidak dibenarkan.

"Di samping itu, DBKU turut menyarankan agar runner yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri seperti memandu/menunggang kereta atau motosikal dengan cermat dan berhemah serta pencegahan Covid-19 seperti memakai topeng muka, sentiasa mencuci tangan dengan hand sanitizer, mengamalkan contactless delivery, mematuhi jarak sosial 1 meter di antara satu sama lain dan meletakkan pesanan makanan di dalam bekas yang disediakan khas oleh pelanggan (jika ada)," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel