12 kena kompaun ingkar PKPB


KUCHING: Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan
menasihatkan masyarakat agar lebih bertanggongjawab dan memberi kerjasama dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 ini,"katanya.

"Sekiranya tiada rasa tanggungjawab pada diri individu adalah agak mustahil rantaian COVID-19 dapat diputuskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, pihaknya mengeluarkan sebanyak 12 kompaun kepada individu yang terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita kerana ingkar  PKPB  setakat ini dengan tujuh kompaun dikeluarkan semalam, manakala lima lagi pada Selasa lalu.

"Mereka  dikesan melakukan ingkar PKPB di kawasan Kota Sentosa, Batu 17, Batu 18 dan MJC Batu Kawa. 

"Kesemua mereka gagal memberikan alasan yang munasabah dan tidak mempunyai surat kebenaran daripada pihak polis untuk pergerakan keluar daerah bagi tempoh kawalan pergerakan,"ujarnya.

Katanya,individu terbabit dikenakan kompaun RM 1,000 atas Kesalahan Peraturan 5(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.6)  Peraturan 2020.
LihatTutupKomentar
Cancel