Amal sikap bersederhana


KUCHING: Rakyat Sarawak diajak terus  mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Parti KEADILAN Rakyat Sarawak, Larry Sng Wei Shien berkata, walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan, namun rakyat harus terus mengamalkan kesederhanaan.

Katanya, rakyat harus  sedar bahawa 
sikap melampau akan merapuhkan dan merosakkan keharmonian. 

"Sarawak negeri yang berbudaya tinggi dan acapkali disebut sebagai contoh negeri berkeharmonian yang tinggi bagi negeri – negeri lain di Malaysia dan saya berkeyakinan bahawa seluruh rakyat akan 
meneruskan budaya baik ini," katanya dalam Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Beliau berkata, penularan wabak pendemik COVID19 tidak mengizinkan rakyat melakukan tradisi kebiasaan.

Menurutnya, himpunan – himpunan besar telah dilarang oleh Kerajaan, bagi memastikan rantaian penyebaran virus tersebut dapat diputuskan.

"Kita terpaksa akur, kerana keselamatan rakyat adalah sangat penting dan merupakan tanggungjawab kita semua.

"Pun demikian hubungan kita tetap terjalin melalui kaedah-kaedah lain. Kita masih boleh berhubung dengan mengucapkan selamat kepada rakan taulan melalui pelbagai cara seperti  “Facebook” “WhatsApp”, “Instagram” dan sebagainya.

"Selain dari itu kita juga masih boleh 
saling berkiriman ucapan selamat seperti melalui kiriman kad, hadiah, kek-biskut dan sebagainya. Semoga pendemik COVID19 ini tidak berpanjangan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel