PKR Sarawak bertambah kuat, Abun
KUCHING: Dakwaan KEADILAN Sarawak semakin hancur di Sarawak adalah tidak benar.
Ketua Penerangan dan Komunikasi MONB KEADILAN Sarawak Abun Sui Anyit berkata, KEADILAN Sarawak adalah kedua tertinggi selepas Selangor dalam kemasukan ahli baharu yang bertambah dan akan berterusan selepas PKP berakhir.
Menurutnya, Mesyuarat MPN KEADILAN Sarawak juga dimaklumkan bahawa
kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pemimpin – pemimpin
cabang yang dipecat atau keluar parti telah dan sedang diganti oleh pemimpin
baru yang lebih setia kepada parti.
"Justeru, KEADILAN Sarawak menyeru kepada semua kepimpinan Cabang dan
ahli – ahli KEADILAN terutamanya di Sarawak agar tidak terpengaruh, terhasut
dan terpesong oleh khabar angin daripada anasir - anasir pihak luar yang
bermotif jahat terhadap KEADILAN Sarawak untuk kepentingan diri mereka
sendiri," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, daripada laporan yang didedahkan kepada mesyuarat Majlis
Pimpinan Negeri (MPN), nisbah kemasukan ahli baru berbanding
mereka yang keluar atau dipecat dari parti ialah 3 nisbah 1 iaitu tiga (3) ahli
baru yang masuk berbanding seorang ahli yang keluar atau dipecat.
Dakwanya, peratusan yang keluar jika dibandingkan dengan keahlian KEADILAN
keseluruhannya sangat sedikit.
"Ekoran daripada kejatuhan Kerajaan Malaysia pimpinan PH akibat
pengkhianatan ini, KEADILAN sebagai parti tunjang Kerajaan PH sebelum ini
secara langsung terjejas kerana kehilangan 11 wakil rakyat khianat tersebut.
"Seterusnya ada juga wakil rakyat dan ahli parti yang dipecat atau digantung
keahlian mereka yang alasannya hanya mereka yang terbabit sahaja ketahui.
Walaupun perbuatan khianat dan pemecatan ahli yang masih menyokong
mereka serta masih membelakangkan nasihat pemimpin KEADILAN terkini," jelasnya.
Beliau berkata, ahli yang berpotensi dan sentiasa memberi kerjasama kepada kepimpinan juga sedang dibawa ke dalam
kepimpinan cabang yang berkaitan.
Penyelaras – penyelaras Cabang juga dilantik untuk membantu menyelaras dan
bekerjasama dengan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) cabang – cabang yang
memerlukan.
Nama – nama Penyelaras yang telah dilantik oleh Pengerusi MPN
Sarawak adalah seperti berikut:
1. YB Jugah Muyang - Lubok Antu
2. John Jeffrey - Puncak Borneo
3. Dominique Ng Kim Hoe - Bandar Kuching
4. Noel Changgai Bucking - Betong
5. Robert Lim Chim Chuang - Sibu
6. Upom Anak Uget @ Ugat - Tanjong Manis
7. Haji Japar Suyut - Lawas
8. Tay Wei Wei - Sri Aman