Arahan kuarantin 14 hari diteruskan

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata,  rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan mereka akan di kuarantin di rumah.

Menurutnya, bagi Bahagian Miri khasnya (kawasan pedalaman seperti Bario, Mulu dan Long Lama) dimana tidak ada kemudahan saringan COVID-19 di klinik, mereka dikehendaki untuk di Kuarantin di Pusat Kuarantin untuk diambil sampel.
 
"Sekiranya keputusan sampel adalah negatif, barulah mereka dibenarkan 
pulang ke rumah," katanya 

Beliau berkata, semenjak sektor ekonomi dan perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi  semalam, jawatankuasa menerima sebanyak 23,364 pemakluman (notification) secara atas talian untuk beroperasi.

Katanya, seramai 781 pasukan pemantauan pematuhan PKPB yang 
diketuai Polis Di Raja Malaysia dan dianggotai agensi penguatkuasa seperti 
ATM, APM, RELA, PBT, MITI, JIM, APMM, JKR, CIDB, DOSH, JTK dan lainlain telah melakukan pemantauan.
LihatTutupKomentar
Cancel