Bangunan Dewan DCCI, DCF dibina selepas Gawai


KUCHING: Pembinaan Bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) dan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) bermula selepas perayaan Gawai Dayak tahun ini.

Projek seluas 2.266 hektar itu bakal di bina di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.

Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kerajaan bersetuju memperuntukkan tanah tersebut kepada DCCI dan DCF.

"Kami hanya menanti pembinaan dimulakan," katanya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Pada  majlis tersebut, Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua DCF Datuk Amar Douglas Uggah mewakili Kerajaan Negeri hadir pada majlis penyerahan cek tersebut.

Salang berkata, setiap organisasi menerima peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk pembiayaan kos pembinaan bangunan tersebut.

Katanya, peruntukan sebanyak RM10 juta yang diterima merupakan pengagihan kedua daripada jumlah RM20 juta yang diperuntukkan kepada kedua-dua organisasi tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel