Pesara polis maut kemalangan
KOTA SAMARAHAN: Pesara polis maut setelah motosikal yang ditunggang
terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Datuk Mohd Musa, berhampiran bulatan Entingan di sini,pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu,mangsa,Eman Suib, 68, berasal dari Kampung Asajaya Ulu, yang menunggang motosikal Kris Modenas dari arah Kuching ke Kota Samarahan maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata,pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 45 tahun dari Kampung Tanjung Parang bersama dua penungggang turut di arah yang sama.
"Kereta yang bergerak lurus merapat ke kiri ke arah lorong motosikal telah bergesel dengan motosikal mangsa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,akibat kemalangan itu mangsa disahkan maut ditempat kejadian dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak, manakala pemandu kereta bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutsn Jalan (APJ) 1987.