Bank bergerak akan diperluas

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan kewangan akan ditempatkan bank bergerak pada masa akan datang.

Menurutya, perkhidmatan bank bergerak perlu bagi memudahkan penduduk luar bandar mengambil Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Sarawakku Sayang.

Beliau yag juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pihaknya akan megumumkan lebih lanjut operasi bank bergerak tersebut esok.
|
"Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) telah meluluskan peruntukan uintuk perkhidmatan bank bergerak menerusi kerjasama dengan bank-bank yang sedia ada," katanya pada sidang media harian hari ini.

Sebelum ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka kaunter perkhidmatan bank bergerak di Dewan Masyarakat Pakan pada 10 dan 11 Mei ini bagi memudahkan urusan perbankan.

Perkhidmatan yang dijadualkan bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang tersebut merupakan perkhidmatan perintis diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Bank bergerak membantu mengurangkan bilangan rakyat di Pakan untuk keluar ke Sarikei bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan.
LihatTutupKomentar
Cancel