Ibu ketakutan anak mengamuk

  

MIRI: Amukan 'menggila' anak lelaki mengundang ketakutan seorang ibu.

Suspek yang berusia 40-an yang tiba-tiba mengamuk dengan menghempas gelas kaca di rumahnya di Tudan Fasa 6.

Dalam kejadian pada jam 8 malam Sabtu lalu, suspek turut memegang sebilah pisau dan gerudi tangan.

Ekoran ketakutan, ibu suspek membuat laporan polis. Polis menahan suspek kira-kira jam 1.30 tengah hari keesokan harinya.

Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini oleh Majistret Eleanor Mako Timothy.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
LihatTutupKomentar
Cancel