Barisan hadapan di Sibu terima 10,000 pelitup muka
SIBU, 6 Mei (Bernama) -- 1,200 petugas barisan hadapan di Sibu akan mempunyai bekalan pelitup muka mencukupi semasa menjalankan tugas mereka untuk beberapa minggu ini, selepas Persekutuan Persatuan-Persatuan Foochow Malaysia menyumbangkan 10,000 pelitup muka hari ini.
Penyerahan sumbangan itu dilakukan Timbalan Presiden mereka Penghulu Lau Hieng Wuong kepada Residen Sibu Charles Siaw di Kompleks Islam Baitulmal Sibu di sini sebagai tanga penghargaan terhadap pengorbanan yang dilakukan barisan hadapan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sumbangan ini (pelitup muka) sebagai tambahan kepada apa yang telah disediakan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sawarak dan kami berterima kasih atas sokongan kepada kami,” kata Siaw.
Beliau berkata, sehingga kini Sibu telah diperuntukkan 50,000 pelitup muka daripada kerajaan negeri.
-- BERNAMA