Baru Bian dipelawa sertai GPS


MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau menggesa Ahli Parlimen Selangau dan ADUN Ba Kelalan Baru Bian untuk mempertimbangkan untuk menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi perpaduan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Beliau berkata, GPS telah membuktikan gabungan tersebut mampu menyatukan pelbagai agama dan bangsa di Sarawak.

“Daripada terus mengktirik GPS, Baru harus mempertimbangkan untuk menyertai GPS. Ini adalah demi kesejahteraan perpaduan bagi masyarakat Orang Ulu yang merupakan minoriti di Sarawak,” katanya sebagai mengulas kenyataan Baru yang mengkritik dominasi dalam GPS oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan mendakwa bahawa terdapat ketidakseimbangan pembahagian kuasa dalam gabungan itu.

Dennis berkata, hanya Baru antara wakil rakyat di kalangan masyarakat Orang Ulu yang bukan merupakan sebahagian daripada GPS.

Katanya, lima ADUN Orang Ulu yang lain adalah Datuk Liwan Lagang (Belaga), Kennedy Chukpai (Murum), Dato Gerawat Gala (Mulu), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan saya sendiri adalah sebahagian daripada GPS,”

“Selain lima orang ADUN, dua Ahli Parlimen Orang Ulu juga sebahagian daripada GPS – Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel