Sibu bertukar Hijau, Samarahan Kuning
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan, Daerah Sibu telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Hijau, manakala Daerah Samarahan bertukar status daripada status Hijau kepada status Kuning pada hari ini.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, bagaimanapun jumlah status daerah berstatus Kuning setakat hari ini kekal sebanyak lima buah dan Daerah berstatus Hijau ialah sebanyak 35 buah.
Menurutya, seramai 219 PUI baru dilaporkan dan seramai 187 kes masih menunggu
ujian makmal.
Katanya, tiga kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.
"Daripada 3 kes tersebut, 2 kes dari Hospital Bintulu dan 1 kes dari Hospital Sibu.
"Setakat hari ini, jumlahk keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 476 orang atau 86.23%," katanya dalam sidang media hari ini
Beliau berkata, Sarawak merekodkan tiga kes baharu positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 552 kes.
Menurutya, daripada tiga kes tersebut, dua kes adalah dari Daerah Kuching dan satu kes dari Daerah Samarahan.
"Ketiga-tiga kes adalah hasil daripada usaha penjejakan kontak di Daerah
Kuching dan Samarahan," katanya.