Tiga kes positif baharu




KUCHING: Sarawak merekodkan tiga kes baharu positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 552 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, daripada tiga kes tersebut, dua kes adalah dari Daerah Kuching dan satu kes dari Daerah Samarahan.

"Ketiga-tiga kes adalah hasil daripada usaha penjejakan kontak di Daerah Kuching dan Samarahan.

"Bagi kes positif Daerah Samarahan adalah berkaitan dengan pelajar yang positif dari Tanjung Manis (kolej I-System).

"Kita dimaklumkan bahawa, pelajar tersebut sebelum balik ke Tanjung Manis,
beliau telah melawat rumah kawannya di Samarahan.

"Dari penjejakan kontak pelajar I-System ini, 11 kontak rapat adalah negatif dan 14 lagi masih menunggu ujian makmal," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, manakala dua kes positif di Kuching pula, 25 kontak rapat telah disaring dan
keputusan adalah negatif.

Katanya, tiga kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.

Menurutnya, daripada 3 kes tersebut, 2 kes dari Hospital Bintulu dan 1 kes dari Hospital Sibu.

"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 476 orang atau 86.23%," katanya.

Katanya, seramai 219 PUI baru dilaporkan dan seramai 187 kes masih menunggu
ujian makmal.


LihatTutupKomentar
Cancel