Baru, See sah sertai PSB

KUCHING: Bekas Anggota Parlimen PKR Sarawak Baru Bian dan See Chee How mengesahkan menyertai Parti (PSB) yang diketuai oleh Bekas Menteri Kewangan Kedua Negeri Datuk Sri Wong Soon Koh.

Beliau yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, dia memilih PSB kerana memiliki aspirasi yang sama dalam membina Sarawak baharu - terbuka untuk semua kaum.

"Ada yang bertanya mengapa memilih untuk bergabung dengan PSB dan bukannya membentuk parti baru.

"Beberapa sebab utama adalah bahawa masa tidak menyebelahi kita untuk mendaftarkan parti baru sebelum pilihan raya negeri akan datang dan kita tidak mahu menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat Sarawak dengan membentuk parti baru," katanya pada sidang media hari ini

Baru, yang merupakan Anggota Parlimen Selangau mendakwa lebih 20 daripada 31 ketua Cabang PKR Sarawak akan menyertai PSB.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada (Presiden PSB) Dato’ Sri Wong Soon Koh dan rakan-rakan kerana menerima kami dalam parti ini," katanya.

Beliau menegaskan, aspirasi aspirasi PSB sesuai dengan hasratnya seperti yang dinyatakan dalam Visi Harapannya untuk Sarawak Baru.

Sementara itu, Wong berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Baru dan See bersama bekas ahli-ahli PKR lain menyertai parti tersebut.

Beliau berkata, mereka secara automatik dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana masih menjadi wakil rakyat.

Katanya, dengan penyertaan Baru dan See bersama bekas ahli PKR lain akan memperkukuhkan lagi PSB dalam misi merampas tampuk kepimpinan negeri pada PRN akan datang.
LihatTutupKomentar
Cancel