Ingat 'normal baharu' sambut Gawai

KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengajak masyarakat menjadikan normal baharu sebagai budaya dalam sambutan Hari Gawai.

Menurutnya,dengan cara itu sahaja rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

 "Sambutan perayaan kali ini amat berbeza berbanding sebelum ini,namun kita tetap bersyukur kerana dapat meraikannya dengan penuh kesederhanaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata,masyarakat tidak dapat bekumpul meraikan perayaan seperti sebelum ini.

"Namun semangat muhibah dan penuh kesyukuran perlu kita panjatkan agar kita terus kekal sihat dan sejahtera," ujarnya.

Nancy turut mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Lantang Senang Nguan Menua kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya dan mendoakan semoga hasil usaha tuaian terus melimpah pada tahun ini dan tahun mendatang.
LihatTutupKomentar
Cancel