Bau kini bertukar hijau
KUCHING: Daerah Bau merupakan daerah baru yang berstatus hijau hari ini,
menjadikan jumlah daerah berstatus kuning sebanyak enam daerah dan
daerah berstatus hijau sebanyak 34 daerah.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Dougkas Uggah berkata, Sarawak hari ini merekodkan tiada kes positif COVID-19 dilaporkan.
Menurutya, jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak kekal seramai 544 kes.
"Seramai 23 kes baru telah sembuh dan discaj dari hospital. Daripada jumlah
23 kes tersebut 19 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak, tiga (3) dari
Hospital Bintulu dan satu (1) dari Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan media.
Uggah berkata, jumlah
keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai
428 kes atau 78.68% setakat ini.
Menurutnya, seramai 24 PUI baru dilaporkan dan seramai 24 kes masih menunggu keputusan makmal.