Hari ketiga Sarawak catat "Kosong"
Sarawak hari ini TIADA kes positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah kes positif
COVID-19 di Sarawak kekal seramai 544 kes.
Seramai 23 kes baru telah sembuh dan discaj dari hospital.
Daripada jumlah 23 kes tersebut 19 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak, tiga (3) dari Hospital Bintulu dan satu (1) dari Hospital Sibu. Setakat hari ini, jumlah
keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai
428 kes atau 78.68%.
Seramai 24 PUI baru dilaporkan dan seramai 24 kes masih menunggu
keputusan makmal.
Daerah Bau merupakan Daerah baru yang berstatus hijau hari ini, menjadikan jumlah Daerah berstatus Kuning sebanyak enam (6) buah dan Daerah berstatus hijau sebanyak 34 buah.