Cabaran Bung Sadung Climbathon ditangguh
KUCHING:Edisi ketiga Cabaran Bung Sadung Climbathon yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos tahun ini ditangguh.
Jurucakapnya berkata,penangguhan itu susulan penularan wabak COVID-19 sebagai langkah keselamatan.
"Aktiviti pendakian ini yang semakin mendapat sambutan sejak dianjurkan pada tahun 2018 akan dijadualkan semula jika keadaan benar-benar selamat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,bagi yang telah mendaftar wang mereka akan dikembalikan semula.
"Dalam penganjuran akriviti seumpama ini keselamatan dan kesejahteraan masyarakat lebih diutamakan,"ujarnya.
Program itu adalah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Kampung Bunga dengan kerjasama Majlis Daerah Serian dan disokong oleh Pejabat Residen Serian & Kelab Sukan dan Rekreasi DUN Tarat.
Untuk pertanyaan lanjut, urusetia boleh dihubungi di talian 017-3068596 atau melalui laman facebook Bung Sadung, Serian Sarawak dengan melayari laman web http: //bungsadung.com.