CovidTrace dicipta jejak pesakit


KUCHING: Aplikasi CovidTrace dicipta untuk  mengekang wabak Covid-19 di negeri ini.

Ia dihasilkan oleh Sarawak Information  System Sdn. Bhd. (SAINS) dengan kerjasama  Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Menurut kenyataan media, aplikasi tersebut  bertujuan memudahkan masyarakat mengesan  hubungan pesakit positif Covid-19 dengan  segera melalui komponen mudah alih dan  laman web yang tersedia.

Katanya, aplikasi ini tersedia di platform  Android dan iOS yang dapat dijangkau oleh  semua pihak yang memiliki telefon pintar.

"Selain dapat merakamkan tempoh pertemuan  antara dua pengguna, aplikasi ini juga  memudahkan pengguna memuat naik data  kenalan rapat pengguna CovidTrace untuk  mempercepatkan pencarian kontak kes  Covid-19," katanya.

Meskipun dapat menyimpan sejarah perjumpaan  secara automatik dalam telefon pintar,  namun aplikasi ini tidak dapat mengumpulkan  data lokasi pengguna kerana tidak memiliki  penjejakan GPS.

Selain itu, ia juga tidak mendedahkan  identiti dalam pertukaran mesej, kerana  satu-satunya maklumat peribadi (PII) yang  dikumpul adalah nombor telefon bimbit  pengguna sahaja.

Aplikasi ini juga sangat selamat untuk  diguna kerana dapat melindungi data dan  identiti pengguna daripada dicerobohi oleh  perkhidmatan pihak ketiga dari masa ke  masa.

Bagi pengguna yang tidak lagi emerlukan  khidmat aplikasi ini, mereka bebas untuk  menghentikan penggunaan aplikasi pada  bila-bila masa untuk dihapuskan data  pengguna dalam sistem.
LihatTutupKomentar
Cancel