Dua ditangkap positif Syabu di Siburan

SIBURAN: Dua ditangkap positif dadah jenis Syabu dalam operasi yang dijalankan Agens Antidadah Kebangsaan(AADK) Daerah Serian, di sini, semalam.

Jurucakapnya berkata, dalam Operasi Cegah (PKP) di sekitar kawasan Siburan itu enam orang yang disyaki berumur 15-23 tahun telah ditahan.

"Hasil daripada saringan air kencing tersebut dua didapati positif Syabu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka ditahan dibawah Akta Penagih Dadah 1983 dibawah seksyen 3(1) Rawatan dan Pemulihan. 

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah boleh menghubungi pejabat AADK Daerah Serian (082-872206) atau melalui facebook AADK Daerah Serian.
LihatTutupKomentar
Cancel