Fadillah umum inisiatif Prihatin CIDB

 
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2020 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof, hari ini mengumumkan beberapa inisiatif oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang bertujuan mengurangkan beban kontraktor dan penggiat industri pembinaan di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19.  

“Di dalam keadaan negara yang sedang mengalami cabaran kritikal dari segi kesihatan dan ekonomi akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19), CIDB telah melihat semula proses dan transaksi berkaitan penggiat industri dan telah memperkenalkan beberapa perubahan di dalam tempoh jangka masa pendek dan
jangka masa panjang,” kata Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof.

Antara inisiatif ini termasuk, kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor, penangguhan bayaran levi untuk projek swasta dan penangguhan yuran latihan kompetensi  kemahiran serta yuran Penilaian Kompetensi Kemahiran untuk pekerja tempatan.

Maklumat lanjut berkenaan industri pembinaan layari: www.cidb.gov.my atau sertai Telegram Rasmi CIDB di https://t.me/cidbmy.
LihatTutupKomentar

1 Komentar

  • S'wak danZ_ May 8, 2020 at 5:35 AM
    Aiee..??bayaran/bantuan utk k0ntrakt0r jk kh??utk kuli2,pekerja2 cdaknya yg ikut temp0h/k0ntrak yg kebanyakkan rata2 xda p0tongan epf/perkeso,bergaji harian t0k mcm ne nasib kmk 0rg tok b0ss??
Cancel